"other things may change us, but we start and end with family”

Thursday, April 21, 2011

citer ari nih ialah.... O.B.E.S.I.T.I

erm...lately nih kite asyik dengo orang bercerite pasal obesiti di kalangan kanak2...erm...mcm pelik lak biler disalahkan NASI LEMAK...aku dulu ari2 pun makan nasi lemak (sbb mak aku tokey kedai mase tuh...)...so, makanan aku ari2 ialah nasi lemak, roti canai, mee goreng...erm...tapi aku mase tuh x ler gemuk..kecik jek mase zaman sekolah rendah dulu...maybe sbb ari2 jalan kaki g skolah..lebey kurang 1 km lebey jalan kaki g skolah...huhuhu..jauh tuh..kalo skrg nih jalan sejauh tuh...rasenyer BERCINTA la kot...hahahaha...

ok ler..jom kite kongsi info ckit pasal obesiti nih...APA itu OBESITI????Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).
CAMNER nak tau kite dalam golongan OBESITI atau pun x????erm...camni care die... dengan menggunakan kaedah INDEKS JISIM TUBUH (Body Mass Index)...kaedah ini digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan  dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ). Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak.

(sumber: konsumerkini.net.my)

Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti

1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus

Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.

So...camner kiter nak mengelak diri kite dari masalah ini...erm...jom kite tengok...

Diet
  • Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
  • Elakkan menggunakan susu pekat manis.
  • Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
  • Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
  • Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.
  • Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
  • Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.
Senaman
  • Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
  • Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.
  • Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya. 

Ubat-ubatan (perlu dapat consultation from doctor 1st...ok...)


hehehhe...agak2 rutin harian kiter  cmtuh x???kalo x, jom ler kite mulakan dengan care hidup yang sihat...KURUS x bermakne sihat ok...jangan terlalu OBSES utk menjadi KURUS sehingga mengabaikan keperluan badan...ok...till here...next time kiter sambung lagi...

daaaa..........


luv,
mamalif

No comments:

Post a Comment